Tuesday, 9 January 2018

Kenapa Perlu Minum Banyak Air Suam




Kalau diikutkan ramai dari kita yang lebih gemar minum air sejuk berbanding air suam.  Sebenarnya minum air suam ada banyak kelebihan. Malahan orang sakit atau demam digalakkan sangat minum lebih banyak air suam. 

Kita lihat apa kelebihan yang akan kita dapat dengan minum air suam.

1. Membantu proses pencernaan yang berterusan.

2. Minum air suam sebanyak lapan gelas sehari setiap hari mampu mengelakkan dari terjadinya sembelit kerana air suam akan membantu proses penghadaman dan membuang bahan yang tidak perlu lebih mudah.

3. Mampu menguruskan badan kerana air suam tidak mengandungi kalori, gula atau lemak. Air panas meningkatkan kadar metabolisme dan akan meningkatkan suhu badan  yang secara tidak langsung pembakaran kalori berlaku secara efisien.

4. Ia juga dapat menstabilkan pengaliran darah dengan cara yang lebih baik.

5. Membantu menghilangkan masalah pernafasan dan batuk.

6. Membantu anda untuk menyingkirkan toksin dan menjadikan kulit lebih sihat segar.

7. Cara terbaik untuk menghilangkan jerawat adalah minum air suam. Ini adalah cara semulajadi untuk mendapatkan kulit yang cantik dan sihat.

8.  Tubuh lebih segar dan sihat kerana air suam bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.

9. Membuang toksin dan mencegah batu karang kerana kekurangan air akan menyebabkan racun-racun dalam badan kita terkumpul. Dengan meminum air suam yg secukupnya akan membantu buah pinggang kita meneutralkan bahan-bahan toksik dan buangan dengan lebih lancar dan kemudian dikeluarkan melalui air kencing. Sebab itulah kita disarankan minum air suam sebanyak mungkin sehari supaya buah pinggang kita tidak dibebani dengan pelbagai jenis makanan dan ubat-ubatan yang diambil setiap hari. Ini sekaligus dapat mencegah penyakit batu karang. Ini cara kita menyayangi dan buah pinggang kita.

10. Air suam memberi ketenangan dan merelakskan badan.