1) Ambil Stevia secara biasa atau 15 titis sehari atau titiskan Stevia RCC di bawah lidah. (Agak pahit)
2) Minum jus daun betik yang direbus atau jus daun betik yang ada dijual.
3) Ambil sup ketam dan makan isinya. Jangan makan banyak untuk orang yang allergy seafood.
4) Minum air banyak-banyak. Minum jus, minum yogurt dan segala bentuk cecair dengan kadar yang agak banyak.
5) Rehat secukupnya bagi melegakan badan yang lemah.
Ciri-ciri Demam Denggi :
- Bermula dengan demam mengejut
- Sakit kepala teruk
- Sakit di belakang bebola mata
- Sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah - break-bone fever)
- Gatal-gatal.
- Bintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul di anggota bahagian bawah - pada sesetengah pesakit, ia merebak hampir kepada keseluruhan tubuh. Tanda pada kulit yang klasik ialah seluruh kulit tubuh bertukar kemerahan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang normal (island of white in a sea of red).
- Kemungkinannya terdapat gastritis dengan gabungan sakit perut, mual, muntah atau cirit-cirit.
- Demam denggi klasik berlarutan selama enam hingga tujuh hari dengan demam kembali memuncak pada akhir demam (dikenali sebagai pola biphasic).
- Secara klinikal bilangan sel darah pembeku (platelet) akan turun sehingga hilang demam diikuti dengan kehilangan bendalir plasma darah dari salur darah ke dalam tisu perantara atau ruang ke tiga (third space loss di antara selaput paru-paru, ruang peritoneum dan sebagainya), kerana kapilari darah menjadi rapuh (capillary fragillity). Pada peringkat ini pesakit terdedah kepada renjatan dan risiko perdarahan.
Borgata Hotel Casino & Spa - JTR Hub
ReplyDeleteLocated in หาเงินออนไลน์ Atlantic 바카라 사이트 City, Borgata Hotel Casino & Spa offers the finest in amenities and 출장안마 entertainment. It https://octcasino.com/ also provides a seasonal outdoor casinosites.one swimming